Puding Laici Lembut

Ramuan / Bahan

1 tahil agar-agar
3 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih)
2 cawan gula
sedikit gula batu
1 tin susu cair
1 tin laici
6 cawan air

Cara-cara

1. Masak agar-agar dengan 6 cawan air sampai hancur, masukkan gula batu dan gula.
2. Pukul putih telur hingga menjadi buih kekal.
3. Agar-agar dibahagi kepada 2 bahagian.
4. Pukul kuning telur dengan susu cair dan masukkan ke dalam agar-agar yang pertama. Masukkan 1/2 laici ke dalam agar-agar itu. Masak hingga gelegak. Kemudian sejukkan dalam loyang.
5. Masak 1/2 lagi agar-agar dengan 1/2 laici hingga gelegak kemudian campurkan dengan telur putih yang telah menjadi buih kekal, pukul hingga masak.
6.Masukan ke atas lapisan agar-agar pertama, sejukkan.