Puding Laici

Ramuan / Bahan

Bahan A:
1 paket agar-agar (220 g)
3 senduk gula
6 gelas air Bahan B:
1 tin susu cair
1 tin laici (cincang / potong kecil-kecil)
6 biji telur (buang pusatnya supaya tidak hanyir)
2 sudu teh tepung kastard
Esen vanila (jika suka)

Cara-cara

CARA:

1. Masak bahan-bahan A.

2. Sementara memasak bahan A, pukul telur dengan garfu dan masukkan bahan lain. Ketepikan.

3. Setelah agar-agar yang dimasak tadi (bahan A) hancur, ditapis dan masukkan ke dalam bekas.

4. Tuangkan bahan B ke dalam bahan A.

5. Biarkan sejuk.