Puding Koktil Abadi

Ramuan / Bahan

20 gm agar-agar
1 tin susu cair
1 tin buah campuran 1 cawan gula
3 cawan air
Sedikit serbuk koko dan vanila

Cara-cara

Agar-agar direbus dengan 3 cawan air sehingga hancur. Kemudian masukkan gula, dikacau dan masak hingga gula hancur. Tapis agar-agar tersebut kemudian masukkan susu cair dan vanila. Masak lagi dengan api yang sederhana. Bahagikan kepada dua adunan. Satu adunan dicampurkan dengan serbuk koko dan satu lagi dengan buah-buahan campuran. Tuangkan adunan ke dalam acuan berselang-seli antara warna coklat dengan adunan yang berisi buah-buahan koktil.