Puding Koko

Ramuan / Bahan

4 gelas susu cair
2 biji telur (dipukul)
80 g tepung jagung 70 g koko
150 g gula pasir
Sedikit vanila

Cara-cara

Telur dicampurkan dengan satu cawan susu cair. Masukkan tepung jagung dan koko kacau rata-rata. Susu yang selebihnya dimasak dengan gula dan vanila. Bila mendidih tuangkan bancuhan telur tadi ke dalamnya. Kacau sampai masak. Tuangkan puding yang telah masak tadi ke dalam acuan dan sejukkan.