Puding Kentang

Ramuan / Bahan

1 peket agar2
5 cawan air
1 ½ cawan gula pasir
1 tin susu cair 1 cawan santan pekat
2 biji telur ayam
5 atau 6 biji kentang sederhana besar

Cara-cara

Mula-mula sekali rebus kentang hingga lembut. Biarkan sejuk & kupas kulitnya. Kemudian, masak agar2 dgn 5 cawan air hingga hancur. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Sementara itu, kentang tadi masukkan dalam blender bersama telur, santan & susu cair dan blend hingga hancur. Masukkan dalam agar2 tadi sambil dikacau atas api yg kecil. Kacau dalam lebih kurang 2 atau 3 minit dan angkat serta masukkan dalam loyang. Biarkan sejuk & masukkan dalam peti ais.