Puding Kelapa Muda

Ramuan / Bahan

1 peket agar-agar serbuk
2 biji kelapa muda (ambil isinya)
200 gm gula melaka
300 gm santan 300 gm gula
Daun pandan
Pewarna merah

Cara-cara

Masak gula melaka dengan 1 sudu teh agar-agar.

Tuangkan ke dalam loyang sebagai lapisan pertama. Biarkan sejuk.

Masukkan air kelapa muda, santan dan gula ke dalam periuk dan masak bersama agar-agar sehingga mendidih dan hancur.

Masukkan daun pandan dan pewarna merah.

Masukkan isi kelapa muda ke dalam agar-agar.

Kemudian tuang ke atas lapisan pertama. Biarkan sejuk sebelum dihidang.