Puding Kelapa

Ramuan / Bahan

2 biji kelapa muda(isinya masih lembut
seperti agar-agar)
1 agar-agar serbuk (warna putih)
1 tin kecil susu pekat manis

Cara-cara

1. Ambil isi kelapa dengan sudu dan
letakkan dalam mangkuk kecil.
2. Jerangkan air kelapa muda dari 2 biji
kelapa muda tadi dalam periuk di
atas api sederhana.
3. Bancuh agar-agar serbuk tadi dengan
sedikit air dan tuang ke dalam air
kelapa tadi.Masak hingga mendidih
dan agak pekat.Ketepikan dan kacau
hingga suam.(Rendamkan periuk tadi
dalam talam berisi air supaya cepat
turun suhu panasnya).
4. Setelah agar-agar tadi suam, masukkan
isi kelapa dan susu pekat manis
hingga habis. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan puding kedalam bekas-
bekas kecil dan masukkan ke dalam
peti sejuk.