Puding Keladi Kukus

Ramuan / Bahan

500 gm keladi
500 gm kelapa parut (ketepikan 50 gm untuk bancuhan puding dan 50 gm untuk bancuhan toping)
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung ubi ½ camca teh garam
1 cawan gula
1 ½ cawan air

Cara-cara

Bancuh air bersama 400 gm kelapa parut. Ambil 2 cawan santan. Masukkan garam dan kacau hingga sebati. Ketepikan. Kupas keladi dan potong-potong. Masukkan santan dan gula di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung beras dan tepung ubi. Kacau hingga rata. Masukkan keladi dan 50 gm kelapa parut di dalam bancuhan. Tuang bancuhan di dalam loyang berukuran 20 sm x 20 sm x 5 sm. Gaul sedikit garam bersama 50 gm kelapa parut. Kemudian tuang di atas bancuhan di dalam loyang tadi. Kukus 30 minit. Setelah masak sejukkan dahulu sebelum dipotong.