Puding Kastard Koktel Kristal

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung bird kastard
2 cawan susu cair f&n
1 cawan gula kastor
9 atau 10 cawan air
agar-agar segera berperisa Sos nya:
2 cawan susu cair f&n
1 cawan gula kastor
2 cawan air
1 tin buah-buahan campuran koktel

Cara-cara

Campurkan bersama tepung kastard, susu cair, gula kastor dan air kedalam periuk. kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati setelah itu di letakkan periuk itu ke atas api yang sederhana(jgn terlalu kecil atau jgn terlalu besar apinya). seterusnya kacau tanpa henti bancuhan tersebut hingga mendidih atau meletup-letup dan berkilat (kalau boleh dalam 1/2 jam), setelah itu tuangkan segera kedalam acuan. setelah sejuk puding tersbut tuangkan pula agar-agar berperisa keatasnya.
sosnya pula, ambil susu cair, gula kastor dan air masukan kedalam periuk bersih. masak sosnya hingga mendidih.sejukan.