Puding Kastard Cocktail

Ramuan / Bahan

2 tin susu cair
4 tin air (1 tin susu=2 tin air)
3 senduk tepung kastard
1 camca kecil esen vanilla
Gula secukup rasa
Buah-buahan dlm tin (disejukkan)

Cara-cara

Satukan semua bahan (kecuali buah-buahan dlm tin )dalam periuk.Kacau.Kemudian baru letak di atas api dan kacau hingga likat. Sejukkan puding di dalam peti ais.Apabila sejuk dan likat, campurkan dengan buah-buahan dlm tin dan taruh dlm bekas yg cantik.Sedia untuk dihidangkan