Puding Kastard

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
2 cawan gula 8 cawan susu cair
½ cawan kismis
Sedikit serbuk kacang tanah dan kelapa parut untuk tabur

Cara-cara

Campur semua bahan di atas dan gaul hingga sebati agar tidak bergentel. Kemudian kacau di atas api yang sederhana. Apabila sudah pekat dan nampak berkilat sedikit, masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang. Taburkan serbuk kacang dan kelapa parut di atasnya.