Puding Karemel Mak Pah

Ramuan / Bahan

1 tin susu cair Ideal
1 tin (yang sama) telor
1 tin (yang sama) gula pasir
1 tin (yang sama) air
2 sudu teh Vanilla Essence

Cara-cara

1.Mula -mula asingkan 1/3 gula pasir. Masukkan ke dalam acuan / loyang yang hendak digunakan. Panaskan perlahan-lahan di atas api sehingga nampak golden...
2.Timbuk telor dan 2/3 tin gula sehingga gula hancur. Masukkan susu cair dan air.
3.Ambil acuan berisi gula hangus tadi dan letak dalam periuk lengat. Kemudian, tuangkan adunan no.2 di atas.
4.Lengat la sampai lekang tepi.