Puding Karemel

Ramuan / Bahan

10 biji telur
6 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung 1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 tin air [tin susu]

Cara-cara

1.Panaskan gula dalam loyang yang akan digunakan atas api pelan hingga kekuningan.Ketepikan sebentar.
2.Panaskan pengukus.Api sederhana.
3.Kacau telur hingga hancur kemudian tuangkan susu pekat,susu cair dan 1 tin air yang telah dibancuh dengan tepung jagung.Kacau sebati dan tapiskan.
4.Tuangkan adunan ini kedalam loyang tadi dan letakkan kedalam pengukus dan kukuslah selama 1/2 jam sahaja.