Biskut Bertih Beras

Ramuan / Bahan

270 gm mentega
135 gm gula perang
250 gm bertih beras
2 biji kuning telur
1 sudu kecil vanila 50 gm kelapa kering
270 gm tepung gandum
2 sudu besar koko
2 sudu besar milo

Cara-cara

Pukul sebati mentega dan gula perang. Masukkan kuning telur dan kacau rata.

Campur bahan-bahan lain dan uli sebati. Terap dengan acuan persegi dan sapu kuning telur di atasnya.

Tabur bertih beras di atasnya dan bakar.