Puding Karamel Sri Sarawak

Ramuan / Bahan

5 biji telur
3 sudu gula halus
1 pek roti ringan
2 ½ cawan air
½ tin susu manis
Esen vanila

Untuk karamel:

Gula secukupnya (anggaran 4 sudu makan untuk loyang yg sederhana besar)

Cara-cara

Untuk membuat karamel, masukkan gula secukupnya ke dalam loyang.

Loyang diletakkan di ataas api yang paling kecil bagi mencairkan gula. Pastikan gula tidak hangus (biarkan kekuningan sedikit).

Apabila cair, ratakan gula di atas loyang dan ketepikan.

Isikan air dalam periuk pengukus dan panaskan sehingga menggelegak.

Pukul telur dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan susu manis dan esen.

Air dan roti diblend. Kemudian gaulkan dengan bancuhan telur.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.