Puding Karamel Mat Skrap

Ramuan / Bahan

BAHAN A
1 tin susu sejat
1 sudu besar susu pekat
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
½ sudu teh pewarna kuning telur
BAHAN B
250gram gula halus

Cara-cara

UNTUK PUDING
1. Pecahkan BAHAN A kedalam periuk.
2. Tambahan air mengikut sukatan 1 tin
susu sejat.
3. Kacau sehingga kembang / Kisarkan.
4. Selepas kisar, tapiskan bahan diatas.

UNTUK SOS KARAMEL
1. Taburkan gula tersebut ( mengikut
sukatan loyang ).
2. Kacau sehingga bertukar warna perang.
3. Kemudian, masukkan kesemua BAHAN A
yang telah siap kedalam loyang yang
mengandungi sos karamel itu.
4. Kukuskan bahan tersebut selama 30
minit.