Puding Karamel Gula Hangus

Ramuan / Bahan

1 tin susu pekat(F&N)- Guna ¾ shj
10-12 biji telur ayam
3-4 hiris halia
1½ tin air


Gula Hangus - 4 sudu gula pasir

Cara-cara

Cara membuat gula hangus
Hanguskan gula pasir sehingga keperangan. Jangan masukkan air. Masukkan gula hangus ke dalam loyang untuk mengukus karamel

Cara membuat karamel
Telur dicampur dengan kepingan halia dan dipukul rata. Setelah hilang hanyir keluarkan halia.
Masukkan susu pekat ke dalam besen. Kemudian campurkan dengan 1 1/2 tin air. Kacau rata. Selepas itu campurkan telur ke dalam susu pekat dan dikacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 20-30 minit