Puding Karamel Che Joh

Ramuan / Bahan

5 biji telur ayam
1 cawan susu pekat manis
2 gelas susu lembu segar
1 gelas air suam
5 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil parutan kulit oren atau lemon
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu gula pasir,dicampur dengan 4 sudu air - dimasak sehingga menjadi kuning keemasan
1 sudu kecil mentega

Cara-cara

1.Pukul telur ayam sehingga ia naik berbuih.
2.Masukkan susu pekat,susu lembu segar serta air suam dan kacau sampai ia sebati.
3.Campurkan gula dan kacau sehingga gula itu hancur.
4.Masukkan parutan kulit oren/lemon dan esen vanilla.
5.Sejukkan bancuhan puding ini di didalam peti sejuk selama 30 minit.
6.Sos gula karamel yang telah menjadi kuning keemasan itu hendaklah segera diletakkan ke dalam bekas puding.
7.Ratakan sos sehingga menutupi keseluruhan dasar bekas puding.biarkan ia sejuk selama 15-20 minit.
8.Tuangkan bancuhan puding ke dalam bekas yang mengandungi sos gula karamel tadi.
9.Letakkan mentega di tengah - tengah puding itu.
10.Kukuskan puding tersebut didalam pengukus selama 30 minit-50 minit.
11.Setelah puding masak,keluarkan ia daripada pengukus dan biarkan ia sejuk selama 30 minit sebelum mula menghidang.