Puding Karamel

Ramuan / Bahan

puding:
1 tin susu pekat manis
1 tin air (sama sukatan dengan susu)
7 biji telur
secubit garam gula hangus:
2 sudu besar gula
1/3 cawan air

Cara-cara

untuk gula hangus, masakan gula bersama air dalam bekas tin. biar sehingga kekuningan dan alihkan dr api.
gula akan beku dan berkaca. panaskan periuk kukus. bancuhkan susu pakat manis bersama air, pukul telur sehingga kembang dan campur bersama susu yang telah sebati. masukkan adunan tersebut ke dalam bekas tin yang berisi gula hangus. Apabila periuk kukus panas, masukkan adunan tersebut untuk dikukus.kukus dalam masa 20 minit.