Puding Kacang Hijau

Ramuan / Bahan

5 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula kasar
50 sen kacang hijau direndam dan direbus sehingga kembang 1 tin susu cair
½ tin santan pekat (ikut tin susu cair)
1 tin air
secubit garam untuk melemakkannya
1 sudu teh pewarna hijau(warna ikut suka, sekiranya suka warna lebih terang lebihkan sedikit pewarnanya)

Cara-cara

Panaskan susu cair,santan pekat dan air tadi sambil dikacau diatas api. Tepung kastard dan gula dicampur, gaul sebati kemudian tuangkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi kedalam tepung, kacau sehingga semua tepung itu sebati dalam bahan cair itu bersama pewarna hijau. Apabila sudah sebati masukkan kacang hijau yang dimasak terlebih awal tadi kemudian masukkan dalam periuk dan dikacau diatas api yang sederhana sehingga bahan-bahan tadi kelihatan pekat. Kemudian masukkan kedalam acuan kesukaan anda, biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais.