Puding Kaca Nanas

Ramuan / Bahan

200 gm agar-agar
1 tin nanas bulat
5 cawan air 1 ½ cawan gula pasir
Sedikit ceri merah dan hijau untuk hiasan

Cara-cara

Agar-agar dimasak bersama air dan gula hingga mendidih. Tapis. Masukkan air nanas ke dalam agar-agar. Masak 5 minit. Angkat. Nanas disusun di dalam acuan mengikut suka. Hias menggunakan ceri merah dan hijau. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Bekukan.