Puding Jagung Horlick

Ramuan / Bahan

37.5 gm agar-agar
6 cawan air
1 cawan gula
½ tin susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan horlick
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
½ tin jagung berkrim (dikisar)

Cara-cara

Masukkan agar-agar, air dan gula di dalam periuk. Didihkan sehingga semua bahan larut.

Pukul telur perlahan-lahan, masukkan susu pekat, susu cair, tepung kastard dan esen vanila.

Setelah agar-agar larut, masukkan bahan di atas dan kacau sehingga masak dengan api yang sederhana. Setelah di tutup api, bahagikan dua, satu adunan di campurkan dengan jagung dan satu lagi di campurkan dengan horlick. Tuangkan di dalam adunan berselang seli. Biarkan sejuk sebelum di hidang.