Kek Aprikot Berserpihan Coklat

Ramuan / Bahan

1 cawan aprikot kering, dicincang halus
1 cawan pic berkaleng, dikisar halus (jangan dibuang sirapnya)
125 gm mentega tanpa garam
2/3 cawan gula perang
2 biji telur, diasingkan putih dan kuningnya 1 ½ cawan kelapa parut berkaleng
1 ½ cawan tepung berserbuk penaik, diayak
½ cawan serpihan coklat

Cara-cara

Campurkan aprikot kering bersama pic yang dikisar halus bersama sirapnya dan biar sejam. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, kelapa parut, setengah bahagian aprikot dan setengah bahagian tepung berserbuk penaik. Lakukan begini hingga habis. Gaul adunan hingga sebati. Akhir sekali masukkan serpihan coklat. Kaup dan balikkan putih telur yang siputar hingga kental. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar 45 minit pada suhu 180'c.