Puding Jagung Bercoklat

Ramuan / Bahan

37.5 gm agar-agar
6 cawan air
2 ½ cawan gula
1 sudu besar mentega
4 biji telur 1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu serbuk koko
½ tin jagung berkrim (dikisar)

Cara-cara

Masukkan agar-agar, air dan gula di dalam periuk. Didihkan sehingga semua bahan larut.

Pukul telur perlahan-lahan, masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanila dan mentega.

Setelah agar-agar larut, masukkan bahan di atas dan kacau sehingga masak dengan api yang sederhana. Setelah di tutup api, bahagikan dua, satu adunan di campurkan dengan jagung dan satu lagi di campurkan dengan koko. Tuangkan di dalam adunan berselang seli. Biarkan sejuk sebelum di hidang.