Puding Jagung

Ramuan / Bahan

1 liter susu segar
150 gm gula 130 gm tepung kastard
1 ½ tin jagung

Cara-cara

Didihkan 750cc susu bersama gula di dalam periuk. Ketepikan. Masukkan 250cc susu ke dalam tepung kastard dan kacau hingga sebati. Campurkan adunan kastard bersama susu mendidih dan kacau hingga pekat. Masukkan jagung dan kacau adunan lagi. Padamkan api. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan hingga beku.