Puding Hati

Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar
1.4 liter air
30 gm gula
Sedikit pewarna merah, hijau dan ungu
3 biji telur
1 tin besar susu cair
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air hingga larut.

Kemudian masukkan gula. Masak lagi hingga larut.

Apabila masak, angkat.

Kemudian warnakan setiap dua camca besar agar-agar dengan pewarna hijau, merah dan ungu. Bekukan.

Setelah agar-agar beku, potong dadu. Ketepikan.

Pukul telur hingga kembang di dalam bekas lain. Masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau atas api sederhana.

Kemudian masukkan baki agar-agar ke dalam adunan telur. Kacau rata.

Apabila cukup masak, tuang puding ke dalam acuan berbentuk hati yang disusun agar-agar dadu pelbagai warna tadi. Biar hingga beku.