Kek Anika Pelangi

Ramuan / Bahan

Sediakan tin 10 X 10 dan lenser sedikit mentega alas dengan kertas gris dan lenser lagi dengan sedikit mentega, lenser juga pada bahagian dalam keliling tin.

Bahan A :
400 gm mentega sejuk - dipotong kiub
1 ½ sd teh esen vanila

Pukul bahan2 ini dengan kelajuan 1 hingga sebati dan kemudian putar pada kelajuan 5 hingga 2 X ganda dan putih.

Bahan B :
Sediakan 6 biji mangkuk dan sudu besar dan sudu teh yang bersih dan kering.

1. Esen pandan & pewarna hijau
2. Esen Oren/Orange Emulco & Pewarna Oren
3. Chocolate Paste/Choc Emulco & Pewarna
coklat
4. Esen strawberi & pewarna merah jambu
5. Esen mentega-vanila & pewarna biru
6. Coffee Oil/Coffee Emulco & pewarna
Merah
Bahan C :

420 gm tepung naik sendiri - ayak 3 X
320 gm gula caster
100 gm gula icing - ayak 3 x
½ sd teh baking powder

Bahan D :
13 biji telur
1 sd besar susu cair
3 sd besar Quick 75

** Esen mentega-vanilla, quick 75, Coffee, Orange, Choc Emulco boleh dibeli dikedai2 alatan bakeri juga dipasaraya.

Cara-cara

Masukkan bahan2 C dalam mangkuk pengadun, putar pada kelajuan 1 selama seminit dan tuangkan bahan2 D satu persatu, kacau pada kelajuan 1 hingga Quick 75 larut, lajukan pemutar dan pukul hingga naik 3 kali ganda dan putih, perlahankan pemutar dan masukkan bahan A yang dipukul sesenduk demi sesenduk hingga habis sambil diputar, putar lagi 5 minit pada kelajuan 5.

Panaskan oven suhu 160 darjah C selama 20 minit dan dalam pada itu bahagikan adunan pada 7 bahagian, setiap bahagian masukkan setiap satu adunan dengan senarai 1-6. Gunakan 1/2 sd teh perasa dan 1/4 sd teh pewarna. Kacau sebati. Biarkan 1 bahagian kosong.

Tuang 1/2 bahagian adunan kosong dalam tin dan kemudian diikuti 1/2 bahagian adunan lain (contoh adunan pandan kemudian strawberi dsb). Sila ikut urutan 1-6 untuk mendapat gabungan rasa yang terbaik. Ulangi proses yang sama pada 1/2 adunan yang tinggal cuma pada lapisan terakhir tuangkan baki adunan kosong. Sebaiknya lakukan proses ini semasa memanaskan oven (20 minit)

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama sejam. Kek akan naik dengan baik dan tanda kek telah masak ialah `keras' bila digoyangkan pintu oven dan bukannya cair seperti semasa baru dimasukkan dalam oven.

Keluarkan dan bahagi 4. Bungkus setiap satu dengan kertas foil serta merta dan simpan semalaman baru dipotong untuk mengekalkan kelembapan dan keharumannya.