Puding Epal

Ramuan / Bahan

4 biji epal (kupas, buang tengah dan hiris nipis)
300 gm roti putih
1 cawan susu
1 sudu teh esen vanila
¼ sudu teh serbuk kayu manis
100 gm buah campuran 50 gm mentega
200 gm gula perang
¼ cawan krim
5 biji telur (dipukul kembang)
150 gm kismis
100 gm kacang macadamia (dicincang)

Cara-cara

Masak epal dengan mentega lembut dan gula selama 20 minit atau hingga lembut. Masukkan krim. Siat-siatkan roti dan rendam di dalam susu hingga lembut. Setelah itu perah perlahan-lahan dan masukkan ke dalam adunan epal tadi. Masukkan juga telur dan bahan-bahan lain. Masukkan ke dalam acuan kecil-kecil hingga masak.