Puding Deplomate

Ramuan / Bahan

1 liter susu
7 biji telur
250 gm gula
50 gm kismis 50 gm kulit limau (dihiris halus)
50 gm ceri merah
Esen vanila

Cara-cara

Pukul telur, gula dan vanila. Kemudian masukkan susu dan kacau rata. Masukkan kismis dan ceri yang dihiris serta hirisan kulit limau ke dalam bekas mengukus. Tuangkan adunan telur dan susu ke dalam pengukus tadi dan kukus 45 minit menggunakan kepanasan 350C.