Puding Coklat

Ramuan / Bahan

110 gm majerin
175 gm gula halus
1 camca besar sirap kencana
2 biji telur 175 gm tepung berserbuk penaik
2 camca besar serbuk koko
Secubit garam
20 gm cip coklat

Cara-cara

Putar majerin bersama gula halus hingga kembang. Masukkan sirap kencana dan kacau rata.

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balikkan tepung, serbuk koko dan garam di dalam adunan hingga sebati. Masukkan cip coklat dan gaul rata.

Tuang adunan di dalam tin puding berlengser minyak dan kukus selama 2 jam hingga masak.

Apabila sejuk, terbalikkan acuan di atas pinggan dan hias puding.