Puding Coklat

Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar
2 biji kuning telur
½ cawan susu cair ½ cawan coklat
1 cawan gula pasir
5 cawan air

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Tapis. Kuning telur dipukul sedikit dan masukkan susu cair. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar. Masak semula. Apabila mendidih masukkan coklat. Biar mendidih dan berkilat. Angkat dan tuang di dalam acuan.