Puding Cinta Asnina

Ramuan / Bahan

UNTUK HIDANGAN 4 ORANG.

1 buku kek vanilla sponge
1 tin buah - buahan campur
1 tin susu cair (Ideal)
4 sudu besar kastard
1 kotak agar - agar Ladies Choice (perisa strawberry)
2 tin krim (topping)

Cara-cara

LAPISAN PERTAMA.
1. Potong kek vanilla sederhana kecil & susun kedalam bekas sederhana besar
2. Siram dengan air buah - buahan campuran & sedikit buah - buahan campuran
(pastikan kek basah sama rata)

LAPISAN KEDUA.
1.Masakkan agar - agar Strawberry & siram diatas lapisan pertama tadi. Biarkan selama 10 minit.

LAPISAN KETIGA.
1. Masakan castard bersama susu cair & sedikit gula sehingga pekat. Tuang keatas lapisan kedua tadi.
2. Biarkan sejuk seketika

LAPISAN KEEMPAT.
1. Letakkan krim (topping) diatas lapisan ketiga & baki buah - buahan campuran.
2. Masukkan kedalam peti sejuk.