Kek Aneka Jalur

Ramuan / Bahan

14 biji kuning telur
7 biji putih telur
140 gm gula halus
140 gm tepung gandum
1 ½ camca besar Quick 75
1 ½ camca teh serbuk penaik
120 gm mentega, dicairkan
2 camca besar serbuk koko, diayak 1 camca teh esen vanila
1 camca teh esen badam
6 camca besar susu segar - krim ganache
120 gm coklat masak, dihiris - krim ganache
1 camca teh esen ros - krim ganache
240 gm gula aising, diayak - krim ganache
350 gm mentega - krim ganache

Cara-cara

Putar kuning telur dan putih telur bersama gula halus, tepung, Quick 75 dan serbuk penaik hingga kembang dan pekat. Kaup dan balikkan mentega cair hingga rata. Bahagikan adunan dua bahagian. Sebahagian aduan dimasukkan serbuk koko dan esen vanila manakala satu lagi dibubuh esen badam. Ratakan adunan di dalam dua tin bakar berukuran 22.5 cm x 32.5 cm yang dialas kertas timah dan dilengser dengan sedikit minyak. Bakar pada suhu 190'C hingga masak. Apabila kek masak keluarkan dari tin bakar dan sejukkan. Satu kek dipotong empat keping. Kemudian setiap keping dipotong lagi empat keping nipis. Dua kek menjadi 16 keping kesemuanya. Sapu krim ganache pada setiap keping kek dan susun dua warna kek tadi berselang-seli - mulakan dengan lapisan kek coklat. Apabila siap dilapis simpan 30 minit di dalam peti sejuk. Potong kek yang dilapis-lapis tadi pepenjuru supaya mendapat empat keping segi tiga. Sapu krim ganache pada setiap lapis dan susun mengikut suka untuk mendapatkan 2 biji kek berlainan jalur. Simpan sejam di dalam peti sejuk sebelum dipotong. Untuk menyediakan krim ganache, masak susu menggunakan api sederhana hingga hampir mendidih. Angkat. Masukkan coklat masak dan putar hingga coklat cair. Bubuh esen ros sambil dikacau sekali-sekala. Angkat dan biar sejuk baru disimpan 30 minit di dalam peti sejuk. Putar gula bersama mentega 10 minit atau hingga kembang. Tuang adunan gula ke dalam adunan coklat perlahan-lahan. Kacau sebati.