Puding Caramel Paling Simple

Ramuan / Bahan

Utk Puding:
5 Biji Telur Ayam Gred A
6 Sudu Makan Gula
1 Sudu Makan Esen Vanila
¾ Tin Susu Cair
Utk Caramel :
Beberapa Sudu Gula
Loyang @ bekas besi

Cara-cara

-Panaskan loyang di atas dapur dgn api yg perlahan. Kemudian masukkan beberapa sudu gula,cairkan...apabila cair dan kemerah-merahan,tutup api dan alirkan cairan gula tadi supaya melitupi keseluruhan bahagian dalam loyang. Biarkan seketika supaya kering & menjadi lapisan nipis.
-Masukkan kesemua bahan utk puding ke dalam blender,dan blend sehingga hancur & larut. Masukkan adunan ke dalam loyang
& kukus sehingga masak. Sesudah masak, sejukkan di dalam peti.