Puding Buah

Ramuan / Bahan

200 gm agar-agar
3 cawan air
1 cawan susu cair
100 gm buah prun
½ cawan gula pasir Bahan sos:
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran

Cara-cara

Rendam agar-agar supaya lembut. Rebus agar-agar dengan 3 cawan air hingga larut. Kisar buah prun dengan susu cair. Tapis agar-agar yang telah larut dan masak semuanya bersama campuran susu dan buah prun. Masukkan gula dan kacau campuran agar-agar, susu dan buah prun sehingga sebati. Tunggu sehingga gula hancur. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku. Untuk sos pula, susu dan buah-buahan dalam tin dimasak sebentar. Kemudian hidangkan bersama agar-agar.