Puding Buah Peach

Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar
2 biji kuning telur
4 gelas air
½ tin susu cair
2 camca tepung kastad 1¼ cawan gula pasir
1 tin buah peach (dikisar)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit hirisan buah peach dan buah ceri

Cara-cara

Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga mendidih. Pukul telur dengan tepung kastard, susu cair, pewarna kuning dan sedikit garam. Masukkan campuran telur dan buah peach kisar ke dalam agar-agar dan kacau rata-rata hingga mendidih. Setelah itu, angkat dan tuangkan ke dalam acuan dan biarkan hingga beku. Hiaskan dengan susunan hirisan buah peach dan ceri sebelum dihidangkan.