Puding Biskut Bercoklat

Ramuan / Bahan

1 paket agar-agar
20 keping biskut (semua jenis biskut yang tidak berwarna)(di hancurkan )
1 tin susu cair
1 ½ cawan gula pasir
½ cawan serbuk coklat (campur sedikit air suam dan masakkan di atas api yang kecil sehingga likat )
secubit garam
1 sudu camca kecil esen vanila
3 biji telur (gred A )
2 gelas air
sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1 panaskan 2 gelas air bersama2 dgn agar2 sampai betul2 larut.
2 masukkan 1 tin susu cair dan biarkan mendidih.
3 masukkan esen vanila.
4 masukkan secubit garam.
5 masukkan gula dan biarkan larut.
6 masukkan telur yang dipukul dan digaul bersama2 biskut.
7 kacau hingga kepekatan dan di angkat serta di bahagikan kpd 2 bahagian.
8 1 bahagian di gaul bersama serbuk coklat dan 1 bahagian lagi di gaul bersama pewarna kuning.
9 masukkan dlm loyang selang seli antara 2 bahagian tadi.