PUDING BISKUT

Ramuan / Bahan

Biskut jagung 1o keping
air sejuk 2 gelas


10 biji telur
1tin susu cair
1 gelas gula- boleh kurangkan sedikit jika tidak suka manis
7 sudu gula-jadikan gula hangus

Cara-cara

Panaskan periuk kukus.

Rendamkan biskut jagung bersama 2 gelas air selama 5 minit dan blend sehingga hancur. ketepikan

blend telur, susu cair dan gula sehingga sebati.

campurkan kedua-dua adunan dan kacau sehingga sebati.

masukkan gula hangus di dalam loyang dan tuangkan adunan di atas. kukuskan adunan tersebut selama lebih kurang 35 minit.