Puding Beras

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung beras
2 ½ cawan air
2 ½ cawan susu segar
¾ cawan gula pasir 1 sudu kecil air ros
½ sudu kecil serbuk buah pala
20 gm pistachio

Cara-cara

Bancuh tepung beras, air, susu segar dan gula hingga sebati. Masak atas api sederhana, kemudian tambahkan air ros dan serbuk buah pala. Kacau sampai pekat atau lebih kurang 15 minit. Tuangkan dalam mangkuk kecil, hidangkan sejuk dan taburkan pistachio.