Puding Beras

Ramuan / Bahan

2 sudu besar minyak sapi
1 cawan tepung beras
5 cawan air
½ cawan susu tepung ½ sudu kecil serbuk buah pala
¾ cawan gula pasir
½ sudu kecil esen ros
Sedikit badam panggang

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dalam kaserol tekan HIGH (4 minit). Masukkan tepung beras dan masak MEDIUM HIGH untuk 3 minit, dikacau selalu untuk menggelakkan hangus, kemudian keluarkan. Masukkan susu tepung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit hingga semuanya sebati. Masak selama 3 minit HIGH. Kemudian masukkan esen ros, gula, serbuk pala. Masak lagi selama 5 minit HIGH dan kacau rata. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas kecil kemudian taburkan badam panggang. Lebih enak dihidang sejuk.