Puding Batu Karang

Ramuan / Bahan

1 cawan agar-agar, direndam hingga kembang
1 cawan tepung kastard, dibancuh dengan sedikit air
1 cawan susu cair atau santan 2 cawan gula pasir
1 cawan buah-buahan campuran dalam tin
1 sudu kecil pewarna hijau
2 helai daun pandan
3 cawan air

Cara-cara

Masak agar-agar dengan 1 cawan air hingga agar-agar hancur. Masukkan bater tepung kastard, gula dan susu cair. Perlahankan api, kacau bater hingga pekat. masukkan buah-buahan campuran diikuti pewarna hijau. Kacau sedikit, tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan. Angkat dan hidangkan.