Puding Batik Jawa

Ramuan / Bahan

1 biji kek gulung betawi
2 biji kuning telur
25 gm agar-agar serbuk
3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu pekat manis 50 gm gula pasir
2 sudu besar coklat emulco
600 ml air
3 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

Masukkan kuning telur kemudian kacau sehingga rata. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul, kemudian kacau lagi sehingga sebati.

Adunan agar-agar dibahagi dua. Satu bahagian dimasukkan milo dan coklat emulco, manakala satu bahagian lagi dibiarkan kuning.

Kek gulung dipotong setebal 1 cm kemudian disusun di dalam dan juga di bahagian tepi acuan sebarang bentuk.

Tuangkan satu senduk adunan milo ditengah-tengah acuan kemudian tuangkan pula satu senduk adunan kuning ke atas milo.

Ulang semula dengan menuang adunan milo berselang-seli dengan adunan kuning sehingga habis kesemua adunan kemudian biarkan sehingga ia beku.