Puding Bakar Karamel

Ramuan / Bahan

Bahan A
Susu Cair 1 tin
Air
Telur 2 Biji
Gula secukup rasa(ikut selera)
secubit garam
1 sudu teh esen vanila atau mengikut citarasa. Bahan B (untuk karamel)
Loyang sederhana besar
Gula secukupnya(meliputi permukaan loyang)

Cara-cara

Bahan B.Masukkan gula di dalam loyang dan panaskan dengan api yang kecil sehingga menjadi perang kehitaman,dan disejukkan.
Bahan A.Susu cair di bahagikan kepada dua,1 bahagian susu di campur dengan telur dan dikacau perlahan sehingga mesra,campurkan juga 1 sudu teh esen,1 bahagian susu di campur dengan air hingga menjadi 1 tin dan dimasak dengan api perlahan,dicampur dengan gula secukup rasa.Bila susu mendidih,padamkan api dan campurkan dengan susu yang mengandungi telur tadi dan kacau perlahan.Tuang dalam loyang yang mengandungi karamel dan bakar selama 1/2 jam dengan suhu 180 darjah.