Kek Aiskrim

Ramuan / Bahan

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya Bahan inti:

Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.

Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.

Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.

Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.

Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.

Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.

Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.