Puding Aidilfitri

Ramuan / Bahan

2 cawan serbuk biskut coklat
½ cawan mentega, dicairkan
½ cawan gula halus - bahan inti
1/3 cawan serbuk koko, diayak - bahan inti
¼ cawan mentega - bahan inti
2 camca besar gelatin sayuran - bahan inti
¼ cawan air - bahan inti
2 cawan susu segar - bahan inti
4 biji kuning telur - bahan inti Bahan inti :
½ cawan gula halus
¼ cawan tepung jagung
1 camca teh vanila
2 camca besar pes limau
2 biji putih telur
¼ cawan gula
2 cawan krim putar
Parutan coklat masakan secukupnya

Cara-cara

Lengserkan acuan dengan sedikit mentega dan alas kertas bulat berukuran 22 cm. Satukan serbuk biskut bersama mentega. Gaul hingga sebati. Tekan adunan pada seluruh acuan dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Untuk menyediakan intinya pula, satukan 1/2 cawan gula bersama koko dan mentega di dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan. Rendam gelatin 5 minit di dalam air dan letakkan mangkuk gelatin di atas periuk berisi air mendidih. Biar ia larut. Ketepikan. Satukan susu, kuning telur, gula dan tepung jagung. Bancuh hingga sebati. Masak bancuhan di atas api perlahan sambil dikacau hingga pekat. Biar ia mendidih seminit. Angkat. Asingkan 1 1/2 cawan bancuhan tadi, kacau sebati bersama adunan koko dan 1 1/2 cawan besar gelatin. Masukkan esen vanila, kacau dan tutup adunan dengan plastik nipis. Satukan baki bancuhan bersama baki gelatin dan pes limau. Kacau rata. Putar putih telur hingga separuh kembang. Masukkan sedikit demi sedikit 1/4 cawan gula dan putar kental. Kaup dan balikkan buih putih telur ke dalam bancuhan gelatin hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan berkulit tadi. Tutup acuan dan biar di dalam peti beku 10 minit. Keluarkan acuan dan tuang pula bancuhan koko. Tutup semula acuan dan simpan di dalam peti sejuk 2 jam. Keluarkan acuan, hias krim putar dan parutan coklat pada puding ikut suka. Biar sejuk sebelum dipotong lapan dan hidangkan.