Pudding Karamel Sufia

Ramuan / Bahan

25 biji telur kuning
5 biji telur, digunakan juga putih nya
2 tin susu pekat
3 tin susu cair
1 ½ gelas gula pasir (di masak hingga
menguning, tapi bukan hangus)
Loyang kuih 9 X 9

Cara-cara

Gula hendaklah di masakkan dahulu tanpa menggunakan air dengan api perlahan. Apabila sudah menguning keemasan, asukkan kedalam acuan dan ratakan. Biar sejuk seketika. Telur di campurkan kesemuanya. Pukul dengan menggunakan sudu sahaja. Jangan menggunakan mixer atau dipukul terlalu kuat.Gaul rata rata agar kuningnya betul betul sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan susu manis dan gaul sekali lagi. Apabila sudah cukup sebati, masukkan kedalam loyang dan bakar pada api sedarhana dengan kaedah double boiling atau dikukus selama 45 minit sehingga masak. Apabila masak, biarkan sejuk lebih kurang setengah jam sebelum diletak di atas pinggan.