Pai Labu Merah

Ramuan / Bahan

1 keping kulit pai, berukuran 22.86 cm
¼ cawan gula halus
¼ cawan madu
½ camca teh garam
¾ camca teh serbuk kulit kayu manis
¼ camca teh serbuk halia
¼ camca teh serbuk cengkih ¾ cawan labua merah, direbus dan dilecek lumat
¾ cawan susu pekat
¼ cawan susu segar
2 biji telur, dipukul
Sedikit serbuk koko-hiasan
Sedikit gula aising-hiasan

Cara-cara

Satuka semua bahan. kecuali kulit pai, di dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan pai berisi kulitnya dan bakar 10 minit pada suhu 220'c. Kemudian turunkan suhu kepada 150'c dan bakar lagi 45 minit. Apabila pai betul-betul masak baru diayak sedikit serbuk koko pada permukaannya dan tabur gula aising pada sekeliling pastri.