Kek Syifon Oren

Ramuan / Bahan

270 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
12 biji putih telur
9 biji kuning telur
125 ml kordial oren
125 ml susu cair 135 ml minyak jagung
1 camca kecil serbuk penaik
¾ camca kecil krim tartar
1 camca kecil esen oren
Sedikit pewarna oren
Sedikit garam

Cara-cara

Ayak tepung dan serbuk penaik. Kemudian campurkan kordial oren, susu cair, esen oren, pewarna kuning, kuning telur, minyak jagung dan garam. Ketepikan sebentar. Putar putih telur bersama krim tartar. Masukkan gula dan putar lagi hingga pekat dan berbuih. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau perlahan-lahan hingga rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak