Lenkong Kon

Ramuan / Bahan

Sebiji keledek dan kentang masing-masing sedang besarnya - rebus dan lecek. Jika keledek agak bersirat asingkan kentang dengan keledek sewaktu melecek. blender keledek dengan 1 cawan air. Tapis dan buang hampas.

Acuan: kertas surih di potong 5" x 4" jadikan bentuk kon(sediakan kira-kira 20 kon - menyerupai topi panjang 'witch'), tanamkan muncung kon di dalam beras atau kekacang supaya lengkung dapat membentuk. Sebungkus serbuk agar-agar/lengkung.
air ikut sukatan yang tercatit dalam bungkusan lengkung, lebihkan anggaran 1 gelas.
¾ cawan gula(lebih, jika suka manis).
1 kotak santan segera (brand: kara, etc.) atau 1 biji kelapa jadikan santan pekat.
Sehelai daun pandan.
Secubit garam.
Pewarna peach, merah, coklat,hijau.

Cara-cara

Masukkan air, pandan dan serbuk lengkung. Bila didih masukkan gula dan garam, satukan dengan santan dan bahan yang telah dilecek. Biar memdidih sekali lagi dengan api perlahan pastikan jangan sampai naik minyak.