Kristal Laici

Ramuan / Bahan

1 paket agar-agar kristal
1 cawan kordial laici 1 cawan buah laici
Sedikit ais batu

Cara-cara

Masak agar-agar, gula pasir dan air hingga hancur. Apabila mendidih, masukkan kordial laici secukup rasa dan tutupkan api. Tuangkan agar-agar ini ke dalam acuan dan sejukkan. Potong agar-agar ini bentuk menyerong seperti berlian. Tuangkan lebihan kordial laici ke dalam gelas. Bubuhkan buah laici, ais batu dan agar-agar.